Individu yang berpendidikan adalah individu yang mulia, bukan hanya berpengetahuan, tetapi sedar akan tugas dan tanggungjawabnya, kepada Tuhan, keluarga, masyarakat, dan negara. Orang yang berpendidikan menghormati insan yang lain dan alam sekitar. Anda harus berusaha untuk menjadi benar-benar berpendidikan.
ALMARHUM SULTAN AZLAN SHAH
The New Millennium: Challenges and Responsibilities (1997)
Program Biasiswa Yayasan Sultan Azlan Shah adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni di samping mencerminkan prinsip dan hasrat Almarhum Sultan Azlan Shah dalam memperkasa serta memperbaiki taraf hidup rakyat melalui pendidikan.
​
Anugerah biasiswa / geran pendidikan yang ditawarkan adalah untuk warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, yang melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat pengajian tinggi.
Keutamaan diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan kewangan yang memiliki pencapaian akademik yang baik serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.