top of page

CHANGE LANGUAGE  EN | BM

NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 

 

Notis ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) (“Notis Privasi”). Ia menjelaskan jenis data yang kami, Yayasan Sultan Azlan Shah, kumpul atau telah kumpul, bagaimana kami mengumpul data berkenaan, tujuan memproses data sedemikian, pihak-pihak yang kami dedahkan atau telah dedahkan data berkenaan, serta pilihan yang tersedia kepada anda termasuk bagaimana mengakses dan membetulkan data peribadi sedemikian. 

 

 

Data Peribadi yang kami kumpul dari anda 

 

Apabila anda menyerahkan permohonan biasiswa anda, kami perlu atau akan mengumpulkan, merekodkan, memegang, menyimpan, menggunakan dan/atau melaksanakan apa-apa operasi termasuk mengaturkan, merundingkan atau mendedahkan (“proses”) data peribadi anda (samada sensitif atau sebaliknya) yang mungkin akan turut melibatkan yang berikut (“Data Peribadi”):

 

Nama, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat / perniagaan, nombor pasport, gambar, alamat e-mel, alamat pos, umur, nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor faks, kewarganegaraan, dan maklumat berkaitan lain yang perlu dan bersampingan dengan permohonan biasiswa tersebut. 

 

​

Bagaimana kami mengumpul Data Peribadi 

 

Kami mengumpul Data Peribadi menerusi maklumat atau komen yang anda telah bekalkan kepada kami melalui apa jua cara dan/atau apa jua kaedah. 

 

Sila ambil perhatian bahawa alamat IP anda boleh dilog dalam server kami apabila anda melawat laman web kami. Melalui alamat IP anda, kami mungkin dapat mengenal pasti kawasan geografi dari mana anda mengakses laman web kami. Walau bagaimanapun, kami biasanya tidak menghubungkan alamat IP anda kepada apa sahaja yang membolehkan kami mengenalpasti anda melainkan jika dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang terpakai.

 

Kami mengambil segala langkah munasabah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi anda. Kami hanya akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan yang mana ia dikumpulkan atau mematuhi apa-apa kehendak undang-undang, peraturan atau dalaman.

 

​

Tujuan bagi yang mana kami memproses Data Peribadi 

 

Kami memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang mungkin termasuk:-

 

(a)       untuk memproses permohonan biasiswa anda;

 

(b)       untuk bertindak balas kepada sebarang pertanyaan dan maklum balas daripada anda;

 

(c)       untuk dan/atau berhubung dengan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan termasuk keperluan pihak-pihak berkuasa kerajaan, kuasi kerajaan atau pihak berkuasa seliaan atau mahkamah undang-undang; 

 

(d)       untuk dan/atau berhubung dengan segala tujuan lain yang perlu dan/atau bersampingan kepada permohonan biasiswa dan segala tujuan yang perlu untuk atau berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas. 

 

 

Kepada siapa yang kami akan dedahkan Data Peribadi 

 

Semasa memproses Data Peribadi anda, kami boleh mendedahkan Data Peribadi sedemikian kepada orang-orang yang berikut termasuk akan tetapi tidak terhad kepada:- 

 

(a)       kakitangan dalam organisasi kami termasuk mana-mana dari pemegang amanah, pengarah-pengarah, ejen-ejen dan pekerja-pekerja kami atas dasar perlu ketahui; 

 

(b)       peguam-peguam, perunding-perunding, penasihat-penasihat, atau ejen-ejen yang mempunyai tugas berkewajipan terhadap kami untuk menyimpan rahsia; 

 

(c)        pihak-pihak berkuasa kerajaan, kuasi kerajaan atau pihak berkuasa seliaan di Malaysia; 

 

Kami boleh memproses Data Peribadi anda termasuk menghubungi anda bagi tujuan yang dinyatakan di sini menerusi panggilan telefon, pesanan ringkas, e-mel, pos, faks, media sosial atau menerusi walau apa cara komunikasi tersedia yang boleh didapati. 

 

 

Mengakses dan mengemas kini Data Peribadi anda 

 

Di bawah Akta yang berkenaan, anda berhak untuk mengakses Data Peribadi anda setelah membayar fi yang ditetapkan kecuali sekira pematuhan tidak dibenarkan di bawah Akta tersebut. Kami akan memaklumkan anda mengenai sebab mengapa permintaan anda tidak dapat disetujui. Kami boleh juga melaksanakan budi bicara kami untuk membenarkan pembetulan yang diminta dan/atau boleh menghendaki keterangan dokumentari tambahan bagi data baru itu untuk mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan. 

 

Anda boleh juga menarik balik persetujuan anda atau menyekat tujuan dan kaedah kami memproses Data Peribadi anda dan data peribadi yang berkaitan dengan lain-lain orang yang boleh dikenal-pasti daripada Data Peribadi anda. 

 

Sekiranya anda mempunyai apa jua soalan mengenai Notis Privasi kami atau anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda atau membetulkan Data Peribadi anda ataupun menarik balik persetujuan anda atau menyekat tujuan dan kaedah akan bagaimana kami memproses Data Peribadi anda, anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis kepada kami melalui e-mel kepada info@sultanazlanshah.com.

 

Sila ambil perhatian bahawa meskipun penarikan balik persetujuan anda, kami masih boleh memproses Data Peribadi anda di bawah keadaan–keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.

 

 

Kami akan mengemas kini Notis Privasi kami dari masa ke semasa 

 

Kami menyemak dan mengemas kini Notis Privasi ini dari masa ke semasa untuk menunjukkan perubahan dalam undang-undang dan amalan perniagaan. Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan versi terkini Notis Privasi kami dengan menghubungi kami untuk memastikan agar anda biasa dengan versi terkini. Dengan meneruskan untuk menggunakan perkhidmatan kami selepas makluman Notis Privasi kami yang terkini, anda dianggap sebagai telah menerima dan menyetujui semakan semula serta pengemaskinian yang terkandung di dalamnya.

 

 

Kesan ketiadaan Data Peribadi 

 

Sila dimaklumkan bahawa sekiranya Data Peribadi anda tidak dibekalkan atau yang dibekalkan adalah tidak memadai, permohonan anda mungkin tidak akan diterima dan kami mungkin tidak dapat memproseskan permohonan biasiswa anda atau permintaan anda untuk maklumat mungkin akan dinafikan. 

 

Sila ambil perhatian selanjutnya bahawa jika anda menarik-balik permintaan anda atau menyekat tujuan dan kaedah-kaedah kami memproses Data Peribadi anda, kami berkemungkinan tidak akan dapat meneruskan untuk memproseskan permohonan biasiswa anda atau membekalkan maklumat yang diminta kepada anda .

 

 

Data Peribadi pihak-pihak ketiga 

 

Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan dari orang (orang-orang) yang mana data peribadinya boleh diberikan kepada kami oleh anda atau dikenal pasti daripada Data Peribadi anda yang boleh diproses oleh kami bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini termasuk pendedahan kepada pihak-pihak yang dinyatakan di sini.

 

 

Persetujuan anda 

 

Sila ambil perhatian bahawa dengan menerima terma-terma di sini, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan kami untuk memproses dan meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda selaras dengan terma-terma di sini.

 

​

Versi Bahasa Inggeris diguna pakai

 

Sekiranya terdapat konflik atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di atas, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

bottom of page